Status terkini

Dah lama tak menulis dalam blog ini, sape kata menjadi suri rumah tak de keje sangat bagi kita, setiap hari ada ada keje nak kene buat then keje tue sentiasa kene buat.terutamanya bab mengemas rumah dengan pakaian. Hari nie basuh, jemur then lipat...tgk esok dalam bakul dah penuh...kadang-kadang yang 2-3 hari lepas punya pun belum berlipat. baru aje vacum rumah, anak-anak makan dah ada balik yang jatuh-jatuh kat lantai begitu jugak dengan habuk tak larat nak tgk. ramai yang tanya kenapa berhenti keje. jawapan kita kerana anak-anak, kita tak percaya nak tinggal anak kita dengan orang kecuali ahli keluarga. before this MIL kita jaga, bila dah dua orang nie kesian dia pulak nak jaga dua-dua. dulu dia dah penat membesarkan suami kita, skrg nak besarkan anak kita pulak. banyak kejadian berlaku masa nak cari nursery ngan pengasuh waktu lepas bersalin kat Zahin. percentage kepercayaan tue nak tinggal anak ngan orang sanagt sikit.nak ambil maid husband kita tak suka ada orang lain dalam rumah dia cakap tak de privacy, lagipun kos nak ambik maid bukannya muruh, kalau dia betul-betul nak keje tak pe. banyak sangat dengar maid nie membawa banyak masalah. dari tak de darah tingga boleh dapat darah tinggi...hu..hu...

Buat masa nie kita masih lagi jaga sistem yang di wat dulu.kalau ikutkan yang dulu habis fasa development, testing ngan training habislah job kita. tapi sebaliknya berlaku satu-satunya staff software dept kat opis dah dapat keje lain, apa lagi kelam-kabut ler opis tue sebab maintenance mesti one year after deliver memang ada dalam scope. kita dah tak nak teruskan sebab ada plan lain yang nak dibuat, kalau buat keje tue susah sikit nak teruskan keje yang kita nak buat. kita cakap kat bos tak nak, siap bagi cadangan lagi. dia tak setuju, akhirnya dia berterus terang yang dia memang dah tak nak ada software department. so dia minta tolong kita untuk ambik job nie. pastu pulak customer tu tak nak bayar balance payment selagi tak tahu sape nak jaga sistem ini. lagilah membuatkan bos kita pening kepala. payment yang dia bayar kita pun tak delah mahal mana sebab customer pun tak bayar mahal. bos ada cakap dia boleh bayar mahal lagi kalau kita ambik untuk tempoh yang panjang macam sampai 3 tahun. hu..hu..setahun nie pun dah malas apatah lagi 3 tahun.semua urusan melalui mail dan phone..kadang-kadang aje kene ke tempat customer.alhamdulillah setakat nie semuanya okey, tak de maslah besar yang dihadapi. tapi satu aje komen yang paling tak suka dari user, bila ada problem berkaitan dengan hardware pun salahkan sistem kita. kalau komen tue memang kene balik ler user tue. susah orang yang tak paham sangat IT then guna sistem. bila salah dia pun salahkan sistem kita. dia yang lambat process data, then date dah due pun salahkan kita. sesedap dia aje nak salah sistem tue...hu..hu..nak selamatkan diri, salahkan orang lain. kadang-kadang terpikir macamana ler dulu leh nak ambik kos Sc komputer then keje dalam bidang nie..he..he...dah hampai 6- 7 tahun pun berlalu...

0 comments:

Post a Comment